Friday 30 November 2012

Persediaan borang Kahwin

Hi,


saya kat sini nak berkongsi serba sedikit tentang persediaan ke arah alam perkahwinan. Alhamdulillah berdasarkan pengalaman saya semuanya berjalan lancar.

1. Daftar kursus perkahwinan , selepas itu korang akan dapat sijil kursus Kahwin. Sijil Kursus Kawin ni xda expired date. So kene la jaga molek2.

2.  Ambil borang kahwin kat pejabat agama. Ada beberapa helai iaitu borang kebenaran untuk berkahwin lelaki dan perempuan. Borang maklumat Wali (untuk perempuan) dan Borang HIV.

3. Pergi mendaftar kan diri ke klinik-klinik kesihatan kerajaan diseluruh malaysia. Pengalaman saya, tak semua klinik kesihatan kerajaan boleh ambil result terus. Maybe kene tunggu 1 bulan untuk dapatkan result. Korang boleh pergi ke Klinik kesihatan sungai buloh boleh, 1 hari result boleh dapat. Result on the spot.

4. Dapatkan pengesahan Surat status bujang dari syarikat korang berkerja atau kelulusan yang korang masih teruna. Cuma surat simple dari company. itu je. 1-2 baris dah. Cop company.

5.  Dapatkan juga pengesahan Ketua kampung atau lain2 lah.

6. Dapatkan pengesahan dari TOk kadi tempat anda tinggal contoh tempat tinggal mak ayah la.

.7. Kepilkan semua sijil iaitu sijil kahwin, HIV, borang kebenaran untuk berkahwin dan surat pengesahan bujan + borang maklumat wali(perempuan) dan submit ke pejabat agama kat kampung korang.

8. Selepas tu, pejabat agama akan keluarkan SIJIL KEBENARAN KAHWIN sama ada kebenaran berkahwin diluar atau di dalam.

9. Buat Temujanji dengan tok kadi untuk Waktu pernikahan dengan wali hakim. iaitu TOK KADI la.. jgn plak TOK MUDIM.


10. Pastu follow up ngan tok Kadi waktu tersebut sebab ada kes tok kadi lupa . abis la korang..... hahhaha


Selamat pengantin baru.....  Ini la hari yang paling indah buat korang yang berkahwin..
don't waste so much money, rasailah saat korang disatukan .. itu yang penting


Selamat berjaya